' 2011 ~ **Sheela Faizura**

Friday, December 30, 2011

Masa..itu adalah..

Sekarang Ella di Bintulu Airport..flite Ella arrived dari KL pukul 0950am..a little bit late because of turbulence..Sepanjang flite seatbelt light was switched on..gerun cayunkz cemuaz..steward and stewardess yang jual food and drink pun berkali-kali ulang alik time duduk di tmpt dia org and hntr makanan..very scary..Ella dah baca semua surah hafazan yang Ella masih ingat. (dek non, baru nak ingat Tuhan?) aish, jahaatnya mulut, bukan baru nak ingat Allah tetapi seriously bersedia kalau masa dah tiba tetiba flite landing kat air ke then Ella terlemas ke..at least dengan bacaan surah-surah tadi gugur jugaklah dosa- dosa walaupun sekecil zarah..dah banyak sangat dosa karang tenggelam terus ke dasar lautan suSah gak ye..

Ok2..jangan nerous, Ella selamat dan sekarang menunggu flite Hubby lak for four hours..what am I supposed to do in 4 hours? Perot dah berbunyi tapi x sampai hati lak nak makan tak tunggu Hubby..Jadi makan makanan yang ringan jelah dulu..so, sementara ada masa, Ella terfikir apa yang boleh dibuwat dalam masa 4 jam?

1) membaca - Ella x taw kenapa ada org view reading as boring even my own students?..maybe bahan yang dibaca tue tak menarik perhatian kot..Ella dah haabisssss baca newspapers, few webblogs, travel magazine etc..i wonder what would you read?

2) Join contest - ada kreativiti ada rezeki adalah untung nya..Today Ella join contest facebook Tosiba Regza..boleh menang tv lcd 40" or 34"..disebabkan ini adalah lucky draw, jadi Ella x berharap sangat..tapi memang nak gak..huhahuha..syukurlah apa yang ada, oitz Ella..

3) View blogshop - ronasofia lah blogshop yang Ella selalu view..coz barang berkualiti dari USA tetapi si penjual tak ambil untung sangat..siap bagitau setiap barang berapa ringgit je dia ambil komisyen..ada blogshop lain melambung tinggi harga walhal kat USA barang2 tengah sale hangat macam pisang panas..aiishhh..mentaliti masing2..

4) perhati orang - Ella kata perhati bukan kutuklah..Ella suka belajar dari orang lain gak..cara berpakaian, cara bertutur, body language etc..kat airport nie ada yang pakai macam korea, ada yang macam burung merak warna warni..ada yang tengah korek hidung betul2 depan mata Ella sekarang..kalaulah dia tahu Ella x sengaja tertengok, malu besar aiiishh..public place nie..nasib x kenal..huhauh?.

jadi, ladies and gentleman, beginilah caranya Ella menghabiskan masa yang merupakam emas dan berlian di Bintulu Airport..Hopefully mendatangkan kebaikan for all of us..

Smile
-Ella-
Read more ...

Tuesday, December 27, 2011

Perlukah azam 2012?

Muka KETAT..

Menurut Walter yang sentiasa teeeeerrrrrr, the world might end in 2012. Well, kalau dah tiba masa kita semua pergi, kita pergilah beramai-ramai..xkan ada yang terlewat mahupun awal sesaat bila dipanggil untuk menhadap Pencipta kita..(Ella, x yah tungguh Hidayah, insaflah..)

Tetapi, selagi masih ada oksigen, selagi itulah Ella cuba bernafas (mode : stoing!!)..It is like a tradition for me to make new resolutions each and every year..Jadi untuk tahun ini, Ella berfikir apakah azam tahun 2012 yang best meletop vavavoom..

****DDDRRRRUUMMmmMM Rolllssssss Royyycceee****


1) nak baby..nak baby..nak baby!!!! Kalaulah baby nie macam beli handbag kat pasar, memang Ella dah beli siap dengan bling2 sekali..Sebenarnya, semua pasangan yang berkahwin inginkan zuriat sendiri. yelah, untuk menambahkan keceriaan di rumah. Walaupun kecoh nak mandikan nak susukan nak buang uuk lah, tapi ibu baoa sanggup harungi gak demi kebahagiaan anak2. Sekarang Ella terfikir betul ke apa yang pernah Ella dengar, a great parent can take care of 8 children but could the 8 children take great care of the parent? Wallahualam..Semoga zuriat kami menjadi anak yang soleh dan solehah..


2) Hubby Ella berminat makan nasi kandar. Minat punya pasal, berkali-kali makan pun x jemu2. Maka Ella pun dengan harapan dan imaginasi tinggi **waaahhh, SS je** Jadi, Ella mencari inisiatif nak buka kedai makan dulu tapi x sepenuhnya nasi kandar. Untuk permulaan, Ella nak sewa gerai makan je buwat biznez kecil dulu. Bila dikira2, modal dalam beribu jugak. But when there's a will, there's a way. Biarlah Ella plan betul dulu, then bila dah jadi kenyataan akan Ella rekomenkan promote to cayunkz cemuaz...


3) Tanah. Tanah yang kita pijak hari2 hingga meninggalkan "carbon footprint"-Ella masukkan ini dalam wishlist 2012. Perhaps, penghujung tahun 2012 sekiranya **amin** biznez gerai makan Ella berjaya. Cita2 Ella ini akan Ella bincang tolerate tolak ansur demi kebahagiaan and of course masa depan. Ada orang nak beli rumah, ada yang nak inherit rumah. Me? My mama sometimes says I like to take things the hard way. It's just that I want to start from scratch and build my own dream house. Lagipun dengan ada tanah sendiri yang FREEHOLD-sampai bila2 pun akan menjadi harta warisan. Jangan pulak anak cucu cicit Ella jual tanah nie akan Ella gygyt macam vampire Isabella Marie Swan. I sWeAr!!!

Jadi cayunkz cemuaz, apakah azam anda? I hope you will be able to achieve your dream and me too!!!(",)

Smile,
-Ella-
Read more ...

Sunday, December 25, 2011

Pencuri Luahan Hatiku..

Lama agaknya Ella x berblog..ada banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini..ada yang manis namun ada yang memakan hati..

Untuk entri kAli ini *sambil menarik nafas panjang*, Ella nak berkongsi pengalaman yang pahit. Ella stop writing for a while because my husband and I lost two stuffs that are truly ours. Barang2 tue bernilai dalam lebih kurang RM 1750. Yup, siapa nak ganti balik? Xda pun..

Mungkin kelalaian datang Dari diri Ella *eh eh eh!,!*..walaupun Ella dah simpan rapi dalam beg di dalam bilik, cuma Ella tak padlock kan beg tu..lalai Ella juga kerna tidak mendengar kata hati untuk sembunyikan barang2 berharga dalam tempat yang tidak akan disangka2..namun apakan daya, benda dah nak jadi..rugi diri sendiri..

Ella yakin sedikit sebanyak dengan kerugian seribu lebih ini Hubby menerima dan mengakui kebenaran dalam kata2 Ella..Apa yang telah berlaku sebelum kami ke Kl untuk Bday Airasia-Ella dan Hubby akan ingat selamanya..Dan untuk sesiapa yang kenal Ella, pasti taw Ella bukan jenis mengulang kesilapan yang sama..Insyaallah takkan berlaku lagi keilangan barang2 kerana hanya orang bodoh dan bahlul sahaja akan mengulang kesilapan yang sama..semoga kita tidak termasuk dalam golongan itu..

Ella telah merenung dalam2..Bagaimana nak mengelak kecurian sebegini berlaku?

A) Percaya pada kata hati. Bila hati kuat menyatakan sesuatu yang x elok akan berlaku, yakinlah pada diri. Bukannya kerana anak polis kah atau x merasa selamat mahu pun x mempercayai. Tetapi kerana kebarangkalian perkara sebegini berlaku amat tinggi terutamanya bila dah ada sejarah. Jangan salah faham; bukan nak memandang serong atau memandang rendah tetapi kepercayaan kepada kata hati dapat mengelak kecurian berlaku. Jadi bila orang nak mempertikaikan tindakan kita, explain betul2 tentang kata hati yang kuat. Biarlah orang hairan kita sembunyikan barang di tempat2 yang pelik kerana itulah cara untuk menjaga keselamatan barang2 kita. Yelah, barang kita kalau hilang yang putih mata diri sendiri cayunkz oitz. Belajarlah dari Ella *cambil menangis mengenang barang hilang*

B ) Jangan letak barang sembarangan. Kat mana2 pun boleh "parking" barang macam handphone letak kat tv lah kat meja makan lah kat dapur gas lah *terus meletup terbakar rumah*..wujudkan satu tempat khas untuk letak barang seperti handphone diletakkan dalam laci pertama sebelah kiri meja alat solek dalam bilik tidur..kan kah khas dan spesifik? Jarang berlaku "misplaced" atau 'lah tadi bukan letak handphone kat atas meja ke.?' jadi bila letak di tempat yang betul, kita tahulah mana nak mencari barang kita..

C ) Ambik gambar kat mana kita letak barang2 kita. Contohnya kalau letak cincin emas dalam bilik tidur, snap gambar cincin tue. Kat kepala katil ke? Kat dalam kotak emas ke? Jadi bila hilang, sahih lah bukti barang kita tak ada di tempatnya. Takkan ada yang mampu mempertikaikan "tak pernah nampak barang tue kat situ k"atau "eh betul ke ko ada barang tue?". bila orang cakap sebegini, kita yang dah hilang barang makin sakit hati meletop di dalam kegeraman.walaupun nampak pelik and a little bit of dandy, biarlah dalam camera tue penuh gambar barang2 kita dan tempat di mana kita meletakkannya..

D ) Jangan berbeli barang yang berlebihan. Kerana apa? Bukan sahaja membazir amalan Syaitan tetapi susah nak jaga dek non..takkan gelang emas ada 10, kesemua nak dipakai kat lengan? *dalam kepala imagine mami jarum the movie*..dah tak cukup kat lengan dipasang pulak gelang emas kat kaki kanan..tak cukup kaki kanan kaki kiri pun on gak *imagine pulak patung bnyk kaki dan tangan*. Maka berbelilah yang diperlukan dan digunakan sahaja. Ke mana2 pun boleh bawa kerana itulah namanya keperluan bukan kehendak..

Mulai sekarang , Ella akan menggunakan petua2 ini untuk mencegah kecurian. Pengalaman baharu buat Ella yang membuka mata Ella yang sememangnya besar ini. Pada hakikatnya, kita memang takkan tahu niat dan hati seseorang. Rambut sama hitam, tetapi hati pencuri sangat hitam. Bak kata orang putih, a leopard never changes its spot.

Smile,
Ella
Read more ...

Friday, December 23, 2011

Tarikh akhir Menghantar borang SBPA

Salam..just a short update..a long one will be available soon..

Tarikh akhir menghantar borang sbpa telah dilanjutkan dari 30 disember 2011 ke 15januari 2012..ye 2012 bukan 2013..siapa2 yang hantar 2013 makan hati lah jawabnya..

More info please visit cuepacs.blogspot.com..

Smile,
Ella
Read more ...

Sunday, December 18, 2011

Apple iPad 3

16 Disember yang lalu, penggemar smart phone mengalami jiwa kacau dengan pelancaran Apple iPhone 4S di mana ciri-ciri serta kuasanya menyamai iPad 2. Bagi mereka yang baru sahaja membeli iPad 2, mereka mungkin akan merasa iri hati dengan produk terbaru Apple ini. Apa-apa pun, tablet tetap tablet dan smart phone tetap smart phone walaupun featuresnya sama.

Dan yang terbaru, Apple dijangka akan mengeluarkan satu lagi produk tabletnya pada lewat Februari 2012 yang pastinya akan memberikan tamparan hebat kepada pesaing-pesaing terdekatnya terutamanya Samsung yang baru sahaja melancar produk mereka menggunakan platform Android 4 (ice cream sandwich).

Apple iPad 3 dijangka akan mempunyai ciri-ciri baru yang lebih nipis, design yang lebih licin yang mana saiznya berkurang 20 peratus berbanding iPad 2. iPad 3 juga akan dilengkapi dengan full HD touchscreen display yang mempunyai resolusi 2048x1536.

iPad 3 juga akan dibekalkan dengan bateri yang lebih ringan bagi mengurangkan beratnya (bukan menggantikan aluminium dengan plastik bagi mengurangkan berat). Walau bagaimana pun, harga bagi bateri tersebut lebih mahal 20 hingga 30 peratus daripada harga bateri iPad 2... tetapi ianya tahan lebih lama. Setiap benda baik mesti ada harganya kan..!!

Dan yang lebih menjealouskan, iPad 3 juga dijangka akan dilengkapi dengan teknologi yang baru yang dipanggil Wireless Charging Technology. Fungsinya??? Tak perlulah untuk saya ceritakan lagi..

iPad 2 yang ada sekarang ini menggunakan processor 900MHz dual-core ARM Cortext-A9, cip Apple A5, dan PowerVr SGX543MP2 GPU. Chipset ini pun sudah cukup untuk menjadikan iPad 2 sebuah tablet yang sangat powerful. Apple akan membuatkan persaingan dunia tablet menjadi lebih sukar dengan melengkapi processor A6 quad-core yang beroperasi pada 1.7GHz yang mana kuasanya sudah menyamai desktop yang powerful. Kalau orang Cina dengar, mesti dia orang akan cakap "Walao weh..!!!".


iPad 3 juga akan menggunakan iOS 5 sama macam iPad 2. iOS tidak akan menjadi satu isu kerana jika suatu hari nanti Apple keluarkan iOS 6 pun, semua iPad boleh update software tersebut menggunakan iTunes secara percuma. Sekarang ini, Apple menggunakan iOS version 5.0.1 dan akan mengeluarkan iOS version 5.1 tidak lama lagi. Jadi, kepada semua pengguna produk Apple, jangan lupa update software bagi iPad, iPhone atau iPod anda.

Sebenarnya, iPad 3 dikatakan sepatutnya boleh dilancarkan pada penghujung tahun 2011. Namun, ada satu perkara yang menyebabkan pengeluaran iPad 3 ditunda kepada awal tahun 2012. Ianya disebabkan oleh isu Retina Display. Retina Display?? Ye.. Retina Display. Bukan sebab Thailand banjir atau Pudu banjir. Bagi menghasikan Retina Display, jurutera Apple telah berjaya menhasilkan pixel bersaiz 78 mikrometer. Dengan pixel sekecil ini, Apple dapat memuatkan empat kali lebih banyak pixel pada skrin bersaiz 3.5 inci yang terdapat pada iPhone 4S. Pada setiap inci, Apple berjaya untuk memapatkan 326 pixel. Hasilnya, walau sekecil mana pun teks atau gambar tersebut, ianya tidak akan pecah apabila dibesarkan dan ia mampu memberikan paparan yang lebih halus dan jelas. Dan teknologi ini sedang dimuatkan pada iPad 3.



Antara ciri-ciri lain yang diupgrade oleh Apple pada iPad 3 ialah kamera. iPad 3 dijangka akan dilengkapi dengan kamera 5MP dan LED flash. Ia berupaya untuk merakam video 1080p atau 720p dengan 60 bingkai sesaat yang mana teknologi ini dihasilkan oleh OmniVision.

iPad 3 juga dijangka akan mempunyai satu HDMI port.

Harga?? Jangan tanya saya. Biasanya harga untuk produk Apple hanya akan diketahui pada hari pelancaran untuk produk tersebut. Sama seperti iPhone 4S. Jadi sama-samalah kita layari laman sesawang Apple selalu.

Written by Nazsenseii a.k.a suami ella
Read more ...

Saturday, December 17, 2011

Pemenang/Winner NAPBAS 2011

These are the lists of winners who are INDEED very lucky to carve their names in NAPBAS 2011 held at Marriot Putrajaya on the 16th of December..


Pemenang Besar : 
Region Best Blog & Most Influential Blog


Other Winners :

Micro Blog : Kennysia
Hidden Gem : Googlygooeys
Lifestyle Blog : Jenniepperson
Entertainment Blog : Beautifulnara
Travel Blog : Justwandering
Parenting Blog :  Childhood101
Most Original Design Blog : Eatshowandtell
Fashion Blog : Cheeserland 
Food Blog : Ladyironchef 
Geek Blog : Geekout
Photography Blog : Photoblog
Persoalannya, dimanakah tempat Blog Ini? Nantikan dalam masa setahun dua lagi mungkin akan tersenarai dalam NAPBAS. Berusaha dan tawakallah..

In the end, congratulations kepada semua pemenang. Memang blog anda layak menang berdasarkan jumlah masa dan ketekunan anda memblog..All the hard works had paid off..

(Muka agak chedihhhhh)

Smile,
-Ella-


Read more ...

SBPA: Perlaksanaan dan Prinsip Pemindahan Gaji mengikut Lampiran C (bagi Guru)

Bermula hari ini 16 Disember 2011, semua kakitangan kerajaan diberi tempoh 2 minggu untuk menandatangani tawaran penerimaan daripada SSM ke SBPA. Menerima tawaran tersebut bukan sahaja bermaksud menerima kenaikan gaji yang lebih baik, tetapi termasuk juga semua perubahan-perubahan yang dibuat dalam SBPA.

Banyak term-term yang sebelum ini kita tidak pernah dengar tetapi apabila SBPA diwartakan, baru kita dengar istilah-istilah seperti 'gaji sebaris', 'dasar pemisah' atau 'exit policy' dan sebagainya. Kita hanya dibekalkan dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2011 (bagi guru) sebagai sumber rujukan tentang SBPA dan ianya tidak langsung disentuh atau diterangkan secara terperinci terutamanya berkaitan dengan gaji (isu utama bila orang cakap tentang SBPA).

Dalam pekeliling tersebut, semua yang berkaitan dengan gaji diminta untuk dirujuk Lampiran C yang dikeluarkan oleh kementerian atau jabatan masing-masing (KPM). Tapi sehingga hari ini, lampiran tersebut tidak pun diwartakan dalam laman sesawang KPM.

Apabila anda bersetuju untuk menerima tawaran SBPA, anda sebenarnya telah bersetuju untuk:

  • menggunakan Jadual Gaji Sebaris menggantikan Jadual Gaji Matriks yang digunakan dalam SSM. Dalam erti kata lain, mata gaji anda yang baru adalah mengikut susunan tangga dalam sebaris.

  • menerima kadar kenaikan gaji tahunan yang lebih menarik dan tinggi berbanding SSM seperti jadual di bawah. Namun, kenaikan gaji tahunan adalah berdasarkan penilaian prestasi perkhidmatan anda (markah LNPT). Anda mungkin tidak akan diberi kenaikan gaji tahunan sekiranya markah LNPT anda di bawah 70.

  • ditawarkan opsyen untuk melanjutkan umur persaraan sehingga 60 tahun (tapi sekiranya anda tidak berminat, anda boleh terus memilih umur persaraan 56 tahun atau 58 tahun mengikut SSM)

  • menerima 'dasar pemisah' di mana anda boleh memilih untuk bersara atau dibersarakan sekiranya prestasi anda adalah rendah (LNPT bawah 70) atau anda mempunyai masalah yang boleh menjejaskan kepentingan negara atau perkhidmatan. Namun, sekiranya prestasi anda rendah, anda tidak akan terus diberhentikan kerja. Sebaliknya, KPM akan menyiasat terlebih dahulu punca sebenar kenapa anda mendapat markah LPNT 69 dan ke bawah (a.k.a pegawai berprestasi rendah).

Setelah anda bersetuju menerima skim SBPA, anda akan diberi pemindahan gaji dari skim gaji SSM ke skim gaji sebaris SBPA. Jadi, kalau anda ingin mengetahui anggaran gaji baru anda, anda boleh menggunakan formula di bawah...

Jadual Gaji Matriks mengikut SSM


Jadual Gaji Sebaris mengikut SBPA


Katakan gred gaji terakhir anda pada 31 Disember 2011 (mengikut SSM) adalah DG41 P1T6, anda akan diberi satu pergerakan gaji biasa iaitu P1T7.


P1T6 - RM2148.10  ==========>>>>>   P1T7 - RM2238.55


Gaji ini akan dipindahkan mengikut Jadual Gaji Sebaris SBPA berdasarkan mata gaji atau jumlah gaji yang sama atau tertinggi berhampiran.


DG41 P1T7 RM 2238.55 (SSM) ==========>>>>> DG 1-1 T3 RM2385.00 (mata gaji tertinggi berhampiran mengikut SBPA)


Jadi, gaji pokok anda yang baru adalah RM2385. Namun sekiranya tarikh pergerakan gaji tahunan anda adalah pada 1 Januari setiap tahun, anda akan menerima pergerakan gaji biasa pada 1 Januari 2012 menjadikan gaji baru anda adalah RM2615 (DG 1-1 T4). Tarikh pergerakan gaji adalah tidak berubah mengikut SSM. Menarik kan..!!!

Namun, banyak pihak mempersoalkan tentang perlaksanaan dasar pemisah atau exit policy kerana dasar ini diyakini tidak akan berlaku secara adil. Kerana apa?? Kerana instrumen penilaian yang diguna pakai oleh SBPA boleh dipersoalkan dan diragui ketelusannya. Instrumen penilaian yang digunakan ada tiga: kaedah pelbagai penilai (multi-rater), KPI dan LNPT.

Instrumen penilaian KPI (mengikut pemahaman penulis) adalah diguna pakai oleh Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Sekiranya KPI yang disasarkan oleh mereka tercapai, mereka akan menikmati 5% hingga 15% kenaikan gaji tahunan daripada gaji pokok.

Katakanlah instrumen yang digunakan untuk Kumpulan Perlaksana (seperti guru) adalah LNPT (seperti yang dilaksanakan tahun ini). Pegawai penilainya adalah pengetua sekolah tersebut (manusia... yang mempunyai EMOSI yang boleh mempengaruhi ketelusan penilaian). Pegawai A menunjukkan prestasi yang benar-benar baik dalam perkhidmatannya namun beliau tidak sekepala dengan pengetua sekolah tempat beliau bertugas. Adalah tidak mustahil sekiranya Pegawai A akan mendapat markah LNPT di bawah 70 sekiranya pengetua tersebut berniat untuk menabur pasir ke periuk nasi Pegawai A. Oleh hal yang demikian, SBPA seharusnya dilengkapi dengan instrumen penilaian yang lebih efisyen bagi memastikan ketelusan perlaksanaannya tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Secara keseluruhan, sekiranya anda bertanya kepada saya sama ada saya akan menerima tawaran SBPA atau tidak, saya akan menjawab... "Mesti la.. Ni pun dah kira lambat tau tak. Sepatutnya 10 tahun dulu dia orang dah buat penyelarasan gaji. Aku nak beli rumah pun susah".

Renung-renungkan dan selamat beramal...

written by: Nazsenseii a.k.a suami ella
Read more ...

Friday, December 16, 2011

Hijab aka tudung - mengapa memakainya?

Assalamualaikum..ella baru selesai membaca dua buah buku agama..yang pertama memang sesuai dengan ella Kerana informasi dalam buku tersebut disampaikan dengan penuh ringkas tetapi padat..bila bab sembahyang, disertakan dengan gambar dan juga doa nya..paling menggerunkan, itulah buku pertama yang ella baca tentang cara memandikan, menyembahyangkan dan menguburkan mayat..ya Allah, itulah terdetik pertama kali di hati ella, kalau ella yang meninggal dunia, bagaimanakah keadaan dan siapakah yang akan berada di sisi? Sejujurnya, memang ella belum bersedia untuk menemui Allah..dengan bekalan akhirat yang tidAk mencukupi..umpama hendak menduduki ujian final tetapi tidak siap ilmu mengulangkaji..tetapi paling teruk pun akan gagal ujian final tue..tetapi kalau gagal di akhirat, terutama sewaktu hendak menyeberang titian sirat, habislah ella..tak kisah queen ke phd ke, confirm kena panahan api neraka juga..dahlah sesaat di neraka seperti bertahun lamanya di dunia..sekarang kedah amat panas sampai dahi ella keluar jerawat nasi pun ella dah complain..kalau azab neraka sampai ke tulang bahangnya, siapa yang nak ella complain kecuali diri sendiri? Dah tau akan meninggal dunia..dah taw teringin nak masuk syurga berbanding neraka tetapi persiapan ella mana? Ke laut? Ke mall? Ke manaaaaaaaaaaaaaa sebenarnya? Ps- buku pertama ini bertajuk indahnya hidup bersyariat tulisan Dato Ismail Kamus..

Ella bercita2 tinggi ttp bukanlah budak jahat..boleh tanya mama, ella bukan jenis yang keluar sebarang tanpa kebenaran mama..tak melepak, x merokok, x berjudi, x suka mengumpat..cuma bersuka bersaing dengan diri sendiri..nak dapat 4flat tetapi Allah kurniakan 3.92..ella masih complaint kat mama..rumah dua tingkat untuk 3 org tinggal tetapi ella kata kat mama, still kecik coz nanti cucu2 nak bermain tempat yang luas..that's why ella teringin rumah banglo 2 tingkat yang luas halamannya beserta dengan library, cinema, wardrobe n tmpt kasut yang luas..n yes, ada swimming pool gak..tinggi kah cita2 ella?

Tetapi Sekarang, ella terfikir, kalau memang dah rezeki akan dapatlah semua ini..tetapi kalau ALlah tidak mengizinkan, ella mmg xkan dapat kesemuanya..ella boleh berusaha ke arah keduniaan tetapi bagaimana pula ke arah akhirat.? Rumah di akhirat nak berapa tingkat? Nak tinggal bersama siapa di akhirat? Pernah terfikir? X pernah pun, sumpah!!!!


Buku kedua yang ella beli bertajuk Allah is calling..Tentang golongan bukan islam yang menerima hidayah allah untuk memluk ajaran Islam..aduh, maluuuuuuuuuuu lepas baca buku nie..saudara baru lebih mengenal islam daripada ella..ella baru tahu, yes mengaku penuh jujur, Rasullah menyatakan bahawa perempuan Islam yang tidak bertudung digantung rambutnya sehingga otak mendidih di neraka..ella tahu berdosa x bertudung tetapi inilah kali pertama ella membaca balasan di neraka buwat yang stidak bertudung..Allah, mana nak letak muka nie? Ella dulu x bertudung gak..sibuk nak melurus rambut sampai my dad bagi rm300 for hair treatment..i bet my mum still remember it well..lepas tue rambut dah cantik takdalah sibuk nak bertudung..sibuk nak tayang rambutlah waktu tue..kalau saudara kita yang baru lebih arif dari ella yang memang dah azali 25 tahun yang lalu beragama islam, x malukah ? X terasakah kebodohan diri? Umpama orang tanya salasilah keluarga tetapi x taw nak jawab apa..tau je nama bapa then what? Then who? No answer at all..


Ya allah, ella bertAnya sendiri, mengapakah ella bertudung sebenarnya? Saat detik bilakah ella betul2 memahami peripentingnya bertudung dalam Islam? Bahawa tudung itu bukan sekadar fesyen yang dibelit2 kain di atas kepala? Yang dada seharusmya ditutup sewaktu bertudung? Yang badan sewajibnya dilengkapi dengan pakaian yang longgar agar lenggok badan yang kononnya cantik sangt walhal lemak berlebih akan dilindungi dari duniawi dan akan diterima penuh senyuman di akhirat? Tipulah ella kata ella tak tau..tau memang tau..faham memang faham..tetapi aplikasi dalam hidup? Zero..zero..zero..menangis sambil menulis entri ini kerana mengingatkan dosa2 ella di zaman silam..

Sheela Faizura Bt Haji Nik Fauzi Bin Abdullah - di manakah keIslamanmu yang sebenarnya?
Read more ...

Thursday, December 15, 2011

SBPA naik gaji?

berita hangat dari pasaran..sbpa yang terbaru berserta dengan skim gaji baru..

Pertama ~ cerita hal gaji dulue...

Bgi dg41 t5 seperti ella, kononnya akan menerima gaji pokok around rm2845..kalau campur elaun dapatlah dalam rm3500..kalau dah nak pencen nanti, Gaji pokok, ye pokok, yang paling maksimum ialah rm11505..meaning once we retired we will received rm5752.50..

What do you think of the figure? Too good to be true for the million of government servants involved in the scheme? Cekomen chikit..

Kedua ~ program transformasi minda..wajib nie..

Untuk sesiapa yang setuju menerima sbpa Perlu menghadiri program transformasi minda..tetapi kalau baca betul2 sbpa tue, ditulis jugak program ini wajib untuk government servants yang x nak ambik sbpa..

Persoalannya bagaimanakah bentuk program nie? Adakah macam biro tatanegara dulu? X taw lagi kerana belum ada maklumat lnjt tentangnya..

Ketiga ~ umur pencen 60 tahun yobbbbbbb...

Aduh...gigi dah takda..tulang dah nak osteo..lutut dah terkiok2 masih nak mengajar budak2 sekolah menengah? Entah2 budak kata "nenek dah masuk kelas nak ajar bi"..wahhh..imagine scenario nie ye cayunkz cemua...

Dont worry..unlike popular gossip, it is not compulsory to Retire at 60 years old..government Gives us options ikot skim yang kita dah sign dulu..macam ella ssm boleh pilih utk retired 56thn..ella pun x naklah retired umur 60tahun coz waktu tue ella nak kejar cucu ella..oppss!!!!


Kesimpulannya :

Pilihlah ikot gaya hidup anda..gaji x sepenting kebahagiaan dan kemamPuan diri untuk bekerja..namapun government "servants"..kalau translate dari bi ke bm maksudnya hamba kerajaan dek non..bezanya hamba dulu xdalah berkontrak sampai keluar internet macam kita..

Fikir2fikirkanlah...your future is in your hands..
Read more ...

Tuesday, December 13, 2011

Hikayat Bunga Telur Merong Mahawangsa

Hikayat Merong Mahawangsa? Ella belom tengoklah..cerita epic sebegini besar budget dan pulangannya..Aiisshhh...

Yang Ella ada tengok adalah..huhuhyhy..hahaha..
HIKAYAT BUNGA TELUR MERONG MAHAWANGSA



Sebenarnya, warna emas bunga telur tue mengingatkan Ella tentnag zaman oldies dahulu..Era keemasan kegemilangan..macam Merong Mahawangsa yang dah berlalu bertahun lamanya..




 Dan ini adalah pasukan (LELAKI) pemasangan Bunga Telur..Bukan main banyak telur yang hendak dimasukkan dalam bunganya..Perlukan kesabaran yang tinggi untuk melilit telur ini ke dalam bunganya..Terima kasih kepada banyak pihak yang sudi membantu..



Dan ini adalah hasil bunga telur yang telah siap..Cantik dan kemas..Sebenarnya kesemua telur ini telah dikukus terlebih dahulu selama 20 minit..Kami memilih untuk mengukus agar telur tersebut tidak pecah kulitnya..Kalau pecah, kan tidak elok untuk dimasukkan dalam bunga telur?

Boleh juga sebenarnya kalau direbus..Masukkan sedikit garam agar tidak pecah kulit telur tersebut..Boleh juga dimasukkan sedikit cuka tetapi jangan terlalu banyak; takut nanti telur2 menjadi masam..Seeloknya, letakkan bahan2 ini mengikut sukatan periuk yang anda gunakan..Dan jangan lupa rasa air rebusan agar tidak terlalu masin atau masam..Kalau rasanya terlebih, tambahkan air taw..



Saja je Ella letak hasil pasukan LELAKI dahulu..Cayunkz cemua, ini adalah bunga2 telur hasil WANITA..gitue..memanglah jumlah WANITA yang memasang bunga2 telur ini lebih ramai dari golongan LELAKI..Penuh ruang tamu pertama dengan kumpulan wanita ini..ruang tamu kedua untuk LELAKI? cuma sedikit orang tetapi keluasannya lebih..

PS : Ruang yang lebih memastikan kita dapat bekerja dengan selesa dan efektif..Sebab itu, Ella sendiri rela mengeluarkan peluh dan tenaga untuk mendapat keselesaan dalam hidup  ^hug myself^ ..



Sekian sahaja Hikayat Bunga Telur Merong Mahawangsa..
Selamat mencuba ya!!

Smile,
-Ella-
Read more ...

Monday, December 12, 2011

Sabar itu..


Entah..dulu apabila Ella rasa Ella dibuli, dengan pantas darah muda akan mengalir..Ayat yang paling selalu keluar dari Ella :

Kau ingat kau siapa nak buli aku? CCCCCCCCHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!

Tetapi sekarang, ayat yang lebih power pun ada cayunkz oitz seiring dengan perubahan masa dan pengalaman..Lagipun, orang tua selalu kata pengalaman mendewasakan..Berbekalkan ilmu yang ada (yelah, susah payah belajar bertahun-tahun takkan nak bercakap macam orang yang xda ilmu langsung kan?), Ella pun mengambil masa untuk menyusun ayat yang betol..

Ngengsot sungguh..bukan apa, kalau dah tau salah tapi buwat2 betul-susah gak berhdapan dengan org yang pembohong dan penipu kepada dirinya sendiri..waduh sih..emang ada orang kaya gini di dunia? Ada pak! Ada ibuk! dekat saja sama saya..pasti ketemu (akibat selalu menonton Nada Cinta waktu holidays)..

Kesimpulannya, sementara mendiamkan diri kerana itulah jalan terbaik (kalau berbicara pasti ada yang terluka)..Biarlah Ella susun strategi demi kebaikan..Kebenaran pasti akan terbongkr juga..Sabarlah kerana orang itu yang lebih memerlukan kita dan bukan sebaliknya..

PS : Cara Ella untuk bersabar and to take things of my mind is to eat. It gives me a medium of calmness and a timeline to think carefully..Usually, I prefer something sweet like cheese cake or chocolate hazelnut..Not good, I know, but it numbs my pain for a while..At least, I'm not sniffing glue..xoxo..
Read more ...

Sunday, December 11, 2011

Safa's Grand Purple and White Wedding

Ella nak congratz my ex roomie for being the most beautiful woman of the world during her special day..Pengantin yang chomel lote dari Bintulu (belah perempuan) and Perak(belah lelaki)..

 Ops!!!! ini bukan pengantinnya..takkanlah pengantin datang tak disambut bunga manggar..Pengantin sebenar ada di bawahlah..scroll down..jeng jeng jeng...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 Mempersilakan Puan Safarina dan Encik Taufiq..Pasangan pengantin yang memilih warna tema purple and putih..I believe the combination of colours is very soothing..like a "lavenderish" lullaby..

 Dan kami pun tiba dengan muka malu2 tersipu..Setelah sesat hampir sejam, kami sampai dah nak pukul 2.45pm..Orang ramai pun dah berangkat lepas mengisi perut masing2..Perut kami memanglah berkeroncong berdangdut..Ella drives from Kedah while Cherry comes by bus..He has been travelling to wonderful places during this holiday..Hail CherrY!!! (",)


 Pertemuan 3 rakan..Gambar kandid jelas menunjukkan betapa gembiranya Safa dengan kedatangan kami..Bila Ella tengok gambar nie, Ella dapat rasa betapa Safa menghargai kami..Terima kasih Safa coz sudi jemput kami..

 Sesi chit-chat bersama pengantin..Sembang sambil bertanya khabar..how's marriage life? dah ada baby ke? ^^Oitzz^^..hyhy..doakanlah untuk kami bersama..Karang dua2 bersalin kat Hospital Bintulu..siapa nak menjawab? Kedoishh...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Pictures ini menunjukkan betapa specialnya majlis Safa untuk Ella..

 Tema : purple is my fav colour..It is very welcoming..
  Rasa macam datang tanpa dijemput lak..

 Bird Cage : Hiasan yang sangat bermakna..ada maksud tersirat di sebaliknya..kebebasan? kedamaian?..terpulang pada interpretasi nak masuk sangkar burung ke nak keluar dari sangkar burung?
Hyhy..peace yo'all!!

 The Lovely Gifts : Adakah anda tertanya2 apakah isi dalam kotak ini? Initially, Hubby and I teka sabun dalam tue..Then, dok kerana tangan gatal, kami pun bukalah kotak..nampaklah cake sponge dalamnya..nyum2 kek nie taw..besttttt....


 The "Path" : Ella suka red carpet..x kisahlah kecik ke besar..nipis ke tebal..asal red Ella memang suka jalan..Bertemankan Cherry lak memang habislah posing kat citue..

Kan dah kata? Sampai kat tangga pun Ella and Cherry posing lagi..Hyhy..


Bilik Pengantin : Sempat mencuri masa untuk bergambar bersama Safa di biliknya..Gambar ini diedtit agar kelihatan lama; as if dah jadi sebuah memori yang x mungkin dilupakan sampai bila2..sobsob..




Kepada Puan Safarina, tahniah sekali lagi atas perkahwinan yang superb ini..x sangka kita sama2 melangkah ke alam baru..marilah kita berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dari sekarang sehinggalah bila2..

##########################################################################

Tips Ella kali ini adalah berkenaan dengan jodoh..yup, jodoh yang membawa ke gerbang perkahwinan..kadang-kadang kita x taw bila jodoh kita akan mengetuk pintu..pagi ke malam..entah esok atau lusa..Tetapi yakinlah bila jodoh dah sampai, kita kena terima seadanya..

Perkahwinan dibina atas dasar perkongsian dan persefahaman..Kita boleh berusaha ke arah hampir kesempurnaan tetapi mampukah kita untuk memenuhi segala kehendak pasangan kita? Yang sebaiknya, kita berusaha untuk sentiasa menjaga hati suami dan keluarga kita termasuklah family suami..Apabila hati mereka senang menerima menantu baharu seperti kita, InsyaAllah hati kita pun akan senang juga untuk menerima keluarga baru ini..

Tetapi, yakinlah lautan pun bergelora; begitu jugalah gerbang perkahwinan..Bila tiang perkahwinan digoncang, janganlah sibuk nak buka atap perkahwinan terus,,nanti tinggal dinding je..hujan masuk direct ke rumah terus banjir macam Sungai Ganges..Seharusnya, bersabar bila mengalami kesusahan atau bergaduh ala2 manja..x elok bila marah habis segala keburukan disembur umpama racun Anaconda. Tarik nafas dan fikirkan semula kenangan manis bersama..

Konlusinya, perahu lain2,hati2 kayuh ye cayunkz cemua...(",)

Smile,
-Ella-
Read more ...

Friday, December 9, 2011

Facebook down..apa yg up?

Huhahuha..pungpangpungpang..facebook masih down jadi apa yg up? Adalah kuantiti lawatan ke rumah sanak saudara..dalam melawat, teringat orang kuching esp maknek yang disayangi..duduk di perantauan menyebabkan rasa rindu menebal..benarlah kata orang, absence makes the heart grows fonder..

Wahhhhhhh...sobsob..ella nak beli rumah lah..paling2 pun tanah..sebagai pelaburan untuk masa hadapan..ella teringin nak anak2 ada bilik sebuah sorang..bkn utk masa sekarang je tapi utk masa hadapan..bila ada cucu ella doa cucu ada ruang yang luas utk bermain.untuk berlari..untuk bermanja dngn nenek dan datuknya..

Ya, ella mengaku impian ella tinggi..tetapi yakinlah bila kita beli rumah sebagai aset di dunia yang akan senang adalah kita dan anak2 jugak..harap2 bila ada rumah yang lebih dari selesa anak2 akan membesar dengan sempurna..

Aminkanlah doa ella...

Smile,
- Ella -
Read more ...

My Wedding Cards

We agreed to have a simple but "WOW" wedding..
So, lets start with the wedding card..

The Front View of The Card

The back view of The Card

Read more ...

Thursday, December 8, 2011

Hungry Human (not Angry Bird!)

CHAR KUEH TIAW
Most importantly, look who is cooking?

MY SWEET ADORABLE HUBBY
Attention to all Sebauh residents, order for NAZELLA Char Kueh Tiaw is opened daily from 8am till 5pm (After that, the cook is all mine..huhu)
It would be the most tantalizing dining experience you will ever have.
The taste of the oystered Char Kueh Tiaw mixed with fried clams will make your mouth watery..

Hyhuk.I was just kidding..Hubby does not (YET) take order for anything even his tantalicious Char Kueh Tiaw..
I'm just blessed to have Him by my side..

Have your loved ones cook something nice for you?
Mine certainly did.

Smile,
- Ella -
Read more ...

Wednesday, December 7, 2011

Warehouse Sale : PENSONIC Customer Service B.E.N.G.U.N.G ke B.I.N.G.U.N.G?

 There is only one boss. The customer
And he can fire everybody in the company from the chairman on down, 
simply by spending his money somewhere else.
~ SAM WALTON ~

Mama mia..God forbids the existence of company whose sole existence is to make a pot of gold..or should I say a dam of gold..which would impound and flood the whole village and brings its people down by constructing the dam..Pensonic is an electrical company which had organised a warehouse sale on 2-4 December 2011 at Penang and KL..

Jadi, pada kesempatan ini, kami yang kurang kelengkapan rumah, pergilah jugak merentas perjalanan dari Kedah ke Penang. Dalam hati nak pergi tengok je apa yang murah..yelah dah nama pun WAREHOUSE SALE..


 Berbunga2 hati sampai tumbuh bunga kat kepala tue..Deretan kereta memang panjang berjela..Kita org pun parking agak jauh..Nasib x pakai killer shoes..Fuyo, salamat kaki Ella..

 Actually, ini adalah hari kedua Ella berkunjung ke Pensonic..Hari pertama Ella beli pengering rambut, bread toaster and bread maker. Rambut Ella kering guna pengering PENSONIC..Roti Ella buat pun dapat toast gak guna PENSONIC..akan tetapi (tetiba berbahas) bread maker dalam kotak tue x berfungsi lak..

 Maka, Hubby yang gagah petite Hercules pun mengusunglah kotak bread maker ke Kaunter Refund Product (baca betol2 cayunkz oitz..refund product bukan refund duit)..Yelah, xkan Pensonic nak rugi..

 Dan inilah orangnya yang membantu di kaunter..Teramatlah sibuk sampai x sempat tanya nama pun..Tap Tip Tup dia senyum and said "You masuk dalam, cari product lain yang sama harga.."

Sepantas angin kami pun masuklah ke dalam lautan manusia yang mabuk Pensonic..


 Memang banyak orangnya..Hari pertama sampai pukul 7pm baru tutup kilang nie..ini gambar hari kedua walaupun dah berkurang dari hari pertama tapi still banyak woooo...


Dan, ladies and gentleman (dengan magiknya), inilah antara barang2 yang dijual oleh Pensonic..







 Model PENSONIC nie x dijual ye coz Ella yang punya dong..mahal tue..berapa sayang? haha..

Akhirnya, kami balik dengan...

(a) PENSONIC Blender- jug untuk blend nie adalah kaca taw..jadi kotoran x melekat. and senang dicuci.. Harganya cuma RM49 sewaktu  jualan gudang..Tips jimat nie boleh dilaksanakan bagi mereka yang tidak kisah menggunakan stok lama yang amat bagus kualitinya..Sesiapa yang follow trend mesti nak stainless steel gak tak dapat nak menolongnya cayunkz oitz..

(b) PENSONIC multicooker ini adalah stok yang baru..maka harganya kurang sedikit sahaja iaitu RM100 daripada RM130 ke RM140 kata penjual Pensonic tue..tetapi kualiti memang best kerana dilapisi TEFLON babe..macam barangan berkualiti like Tefal gitu..Maka, karat pun tidak akan menghampiri..Penggunaan minyak pun kurang...Maka kesihatan pun terjaga..

Konklusinya, tips jimat dari Ella ialah apabila ada jualan gudang, rajin2kan kaki untuk menekan clutch kereta and tangan untuk shift gear agar selamat sampai ke destinasi penjimatan (bukan percutian) anda..Walaupun pada awalnya anda sangsi tujuan anda ke sana, yakinlah cahaya kebenaran akan menyinari apabila anda melihat potongan harga yang ditawarkan..Give it a shot!!

Smile, 
-Ella-
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© **Sheela Faizura**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena