Sebelum bermulanya tahun baru, kerajaan bersama-sama dengan Cuepacs telah berjaya menemui kata sepakat bagi menyelesaikan kemelut atau percanggahan pendapat serta pendirian berkaitan SBPA. Ramai pihak baik kerajaan, Cuepacs mahu pun penjawat awam pasti berasa lega berhubung kejayaan ini. Ironinya, adakah penambah baikan SBPA yang dibuat serta-merta ini telah mengambil kira dari segenab segi? Adakah kerajaan telah bersedia untuk menanggung kesan jangka panjang disebalik kejayaan ini? Adakah Cuepacs hanya mengambil kira isu gaji dan mengetepikan matlamat utama perlaksanaan SBPA?
Kita sedia maklum bahawa melalui penambah baikan SBPA, markah penilaian prestasi bagi membolehkan penjawat awam menikmati kenaikan gaji telah diturunkan daripada 75% kepada 65%. Ini bertujuan bagi memudahkan penjawat awam untuk menerima kenaikan gaji. Markah bagi dasar pemisah (exit policy) juga turut diturunkan daripada 70% kepada 60%. Pindaan serta merta ini telah membuatkan semua penjawat awam tersenyum lebar. Namum, apa harga yang perlu dibayar oleh kerajaan terhadap senyuman rakyat ini?
Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan lebih ramai penjawat awam akan menerima kenaikan gaji serta terus berkhidmat walaupun mereka pada dasarnya mempunyai prestasi yang rendah. Ianya seolah-olah mencerminkan bahawa prestasi penjawat awam tidak menjadi teras kepada perlaksanaan SBPA.
Secara teori, penambahan gaji bermaksud penambahan perbelanjaan kerajaan. Dan ianya bertambah dari setahun ke setahun. Penambahan umur persaraan juga bermaksud kadar kenaikan ini akan kekal untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi. Setelah dua tahun, sebilangan kecil penjawat awam yang menerima opsyen bersara paksa 60 ini akan bersara dan menerima pencen yang lebih tinggi berbanding kadar pencen mengikut SSM untuk tempoh lebih kurang 20 tahun lagi (sekiranya umur mereka tidak panjang). Dan setiap tahun, kadar kenaikan pencen adalah 2%. Persoalannya, mampukah kerajaan menanggung perbelajaan ini? Adakah suatu hari nanti kerajaan terpaksa membentangkan belanjawan defisit?
Seandainya Program Transfomasi Ekonomi Negara yang dirancang tidak memberikan kesan jangka pendek yang ketara, kerajaan mungkin akan mengalami defisit dalam perbelanjaan. Persoalannya, adakah kerajaan terpaksa menaikkan cukai bagi menampung perbelanjaan negara? Mampukah kerajaan mengekalkan subsidi minyak, gula, beras dan barang-barang keperluan asas yang lain? Adakah penjawat awam akan ditawarkan sistem saraan yang baru bagi menggantikan SBPA yang membebankan kerajaan? Adakah keamanan negara yang dipertahankan selama ini akan terpelihara?
Sama-samalah kita memelihara kekukuhan dan kemajuan ekonomi negara sebagaimana kita memelihara keselamatan dan pertahanan negara.
Posted by: Nazsenseii
Read more ...