' Dec 17, 2011 ~ **Sheela Faizura**

Saturday, December 17, 2011

Pemenang/Winner NAPBAS 2011

These are the lists of winners who are INDEED very lucky to carve their names in NAPBAS 2011 held at Marriot Putrajaya on the 16th of December..


Pemenang Besar : 
Region Best Blog & Most Influential Blog


Other Winners :

Micro Blog : Kennysia
Hidden Gem : Googlygooeys
Lifestyle Blog : Jenniepperson
Entertainment Blog : Beautifulnara
Travel Blog : Justwandering
Parenting Blog :  Childhood101
Most Original Design Blog : Eatshowandtell
Fashion Blog : Cheeserland 
Food Blog : Ladyironchef 
Geek Blog : Geekout
Photography Blog : Photoblog
Persoalannya, dimanakah tempat Blog Ini? Nantikan dalam masa setahun dua lagi mungkin akan tersenarai dalam NAPBAS. Berusaha dan tawakallah..

In the end, congratulations kepada semua pemenang. Memang blog anda layak menang berdasarkan jumlah masa dan ketekunan anda memblog..All the hard works had paid off..

(Muka agak chedihhhhh)

Smile,
-Ella-


Read more ...

SBPA: Perlaksanaan dan Prinsip Pemindahan Gaji mengikut Lampiran C (bagi Guru)

Bermula hari ini 16 Disember 2011, semua kakitangan kerajaan diberi tempoh 2 minggu untuk menandatangani tawaran penerimaan daripada SSM ke SBPA. Menerima tawaran tersebut bukan sahaja bermaksud menerima kenaikan gaji yang lebih baik, tetapi termasuk juga semua perubahan-perubahan yang dibuat dalam SBPA.

Banyak term-term yang sebelum ini kita tidak pernah dengar tetapi apabila SBPA diwartakan, baru kita dengar istilah-istilah seperti 'gaji sebaris', 'dasar pemisah' atau 'exit policy' dan sebagainya. Kita hanya dibekalkan dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2011 (bagi guru) sebagai sumber rujukan tentang SBPA dan ianya tidak langsung disentuh atau diterangkan secara terperinci terutamanya berkaitan dengan gaji (isu utama bila orang cakap tentang SBPA).

Dalam pekeliling tersebut, semua yang berkaitan dengan gaji diminta untuk dirujuk Lampiran C yang dikeluarkan oleh kementerian atau jabatan masing-masing (KPM). Tapi sehingga hari ini, lampiran tersebut tidak pun diwartakan dalam laman sesawang KPM.

Apabila anda bersetuju untuk menerima tawaran SBPA, anda sebenarnya telah bersetuju untuk:

  • menggunakan Jadual Gaji Sebaris menggantikan Jadual Gaji Matriks yang digunakan dalam SSM. Dalam erti kata lain, mata gaji anda yang baru adalah mengikut susunan tangga dalam sebaris.

  • menerima kadar kenaikan gaji tahunan yang lebih menarik dan tinggi berbanding SSM seperti jadual di bawah. Namun, kenaikan gaji tahunan adalah berdasarkan penilaian prestasi perkhidmatan anda (markah LNPT). Anda mungkin tidak akan diberi kenaikan gaji tahunan sekiranya markah LNPT anda di bawah 70.

  • ditawarkan opsyen untuk melanjutkan umur persaraan sehingga 60 tahun (tapi sekiranya anda tidak berminat, anda boleh terus memilih umur persaraan 56 tahun atau 58 tahun mengikut SSM)

  • menerima 'dasar pemisah' di mana anda boleh memilih untuk bersara atau dibersarakan sekiranya prestasi anda adalah rendah (LNPT bawah 70) atau anda mempunyai masalah yang boleh menjejaskan kepentingan negara atau perkhidmatan. Namun, sekiranya prestasi anda rendah, anda tidak akan terus diberhentikan kerja. Sebaliknya, KPM akan menyiasat terlebih dahulu punca sebenar kenapa anda mendapat markah LPNT 69 dan ke bawah (a.k.a pegawai berprestasi rendah).

Setelah anda bersetuju menerima skim SBPA, anda akan diberi pemindahan gaji dari skim gaji SSM ke skim gaji sebaris SBPA. Jadi, kalau anda ingin mengetahui anggaran gaji baru anda, anda boleh menggunakan formula di bawah...

Jadual Gaji Matriks mengikut SSM


Jadual Gaji Sebaris mengikut SBPA


Katakan gred gaji terakhir anda pada 31 Disember 2011 (mengikut SSM) adalah DG41 P1T6, anda akan diberi satu pergerakan gaji biasa iaitu P1T7.


P1T6 - RM2148.10  ==========>>>>>   P1T7 - RM2238.55


Gaji ini akan dipindahkan mengikut Jadual Gaji Sebaris SBPA berdasarkan mata gaji atau jumlah gaji yang sama atau tertinggi berhampiran.


DG41 P1T7 RM 2238.55 (SSM) ==========>>>>> DG 1-1 T3 RM2385.00 (mata gaji tertinggi berhampiran mengikut SBPA)


Jadi, gaji pokok anda yang baru adalah RM2385. Namun sekiranya tarikh pergerakan gaji tahunan anda adalah pada 1 Januari setiap tahun, anda akan menerima pergerakan gaji biasa pada 1 Januari 2012 menjadikan gaji baru anda adalah RM2615 (DG 1-1 T4). Tarikh pergerakan gaji adalah tidak berubah mengikut SSM. Menarik kan..!!!

Namun, banyak pihak mempersoalkan tentang perlaksanaan dasar pemisah atau exit policy kerana dasar ini diyakini tidak akan berlaku secara adil. Kerana apa?? Kerana instrumen penilaian yang diguna pakai oleh SBPA boleh dipersoalkan dan diragui ketelusannya. Instrumen penilaian yang digunakan ada tiga: kaedah pelbagai penilai (multi-rater), KPI dan LNPT.

Instrumen penilaian KPI (mengikut pemahaman penulis) adalah diguna pakai oleh Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Sekiranya KPI yang disasarkan oleh mereka tercapai, mereka akan menikmati 5% hingga 15% kenaikan gaji tahunan daripada gaji pokok.

Katakanlah instrumen yang digunakan untuk Kumpulan Perlaksana (seperti guru) adalah LNPT (seperti yang dilaksanakan tahun ini). Pegawai penilainya adalah pengetua sekolah tersebut (manusia... yang mempunyai EMOSI yang boleh mempengaruhi ketelusan penilaian). Pegawai A menunjukkan prestasi yang benar-benar baik dalam perkhidmatannya namun beliau tidak sekepala dengan pengetua sekolah tempat beliau bertugas. Adalah tidak mustahil sekiranya Pegawai A akan mendapat markah LNPT di bawah 70 sekiranya pengetua tersebut berniat untuk menabur pasir ke periuk nasi Pegawai A. Oleh hal yang demikian, SBPA seharusnya dilengkapi dengan instrumen penilaian yang lebih efisyen bagi memastikan ketelusan perlaksanaannya tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Secara keseluruhan, sekiranya anda bertanya kepada saya sama ada saya akan menerima tawaran SBPA atau tidak, saya akan menjawab... "Mesti la.. Ni pun dah kira lambat tau tak. Sepatutnya 10 tahun dulu dia orang dah buat penyelarasan gaji. Aku nak beli rumah pun susah".

Renung-renungkan dan selamat beramal...

written by: Nazsenseii a.k.a suami ella
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© **Sheela Faizura**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena