ASSALAMUALAIKUM! Pak Nil iri hati melihat beberapa kenalan yang bercerita mengenai sahabat baik mereka. Begitu juga rasa cemburu ini terbit apabila melihat antara mereka yang banyak menghabiskan masa bersama. Mungkin banyak yang mereka kongsikan apabila berjumpa. Ada di antara mereka turut berkongsi cerita suka duka, susah dan senang dan gelak tawa.
Pak Nil dapat rasakan kebesaran insan bergelar sahabat ini apabila melihat ada mereka yang berkawan sehingga ke akhir hayat. Ada juga yang menganggap keluarga sahabat mereka sebagai keluarga sendiri. Selain ibu bapa dan adik beradik, rakan karib dan keluarga mereka adalah kesinambungan persahabatan kekal abadi. Ada ketikanya terlintas di minda Pak Nil betapa bernasib baiknya mereka yang mempunyai teman sejati berbanding Pak Nil. Terus-terang, Pak Nil tidak mempunyai rakan karib yang boleh dianggap sebagai saudara.
Sememangnya Pak Nil mempunyai ramai kawan tetapi itu sekadar kawan seperjuangan, rakan wartawan dan kenalan. Namun seorang yang bernama teman sejati, Pak Nil masih belum temui.
Tidak hairan jika Pak Nil banyak berkongsi masalah dengan adik beradik. Merekalah sebenarnya teman sejati Pak Nil. Namun tidak semua perkara dapat dikongsi bersama kerana ada juga cerita perlu Pak Nil pendamkan saja. Kata orang, jika ada cerita yang kita tidak boleh ceritakan pada keluarga, kita ceritakan pada sahabat karib tapi berlainan Pak Nil kerana tiada teman rapat.
Istilah ‘teman sejati’ seolah-olah sudah lama terpadam dalam kamus hidup Pak Nil setelah pernah dianiaya oleh rakan karib satu ketika dulu. Sejak itu, Pak Nil sangat berhati-hati memilih teman. Pak Nil selesa dengan kawan yang ada kini tetapi batasnya sampai di situ. Sukar menilai keikhlasan seseorang. Walaupun hari ini dia ikhlas berkawan, esok lusa kita tak tahu. Bagaimanapun, Pak Nil belum memadamkan hasrat mencari teman sejati tetapi pengalaman lalu banyak mengajar Pak Nil.
Kerjaya Pak Nil hampir lumpuh dilakukannya dan Pak Nil diaibkan sehingga terpalit pada keluarga. Tuhan Maha Kaya kerana menganugerahkan keluarga yang tidak lelah menyokong dan sebahagian peminat yang tidak beralih arah. Kini Pak Nil jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran supaya pisang tidak berbuah dua kali.
Alhamdulillah, kini Pak Nil lebih selesa bergerak ke sana sini bersama keluarga dan sesekali meluangkan masa bersama teman wartawan. Pak Nil bersyukur teman wartawan banyak menaikkan semangat supaya tidak lemah pada dugaan.
Persahabatan Pak Nil dengan wartawan lebih akrab berbanding sesama artis. Banyak cerita Pak Nil kongsi bersama mereka dan atas dasar profesional, jalinan berterusan dengan baik sehingga kini.
Agak sukar bagi orang ramai lihat Pak Nil duduk lepak dengan rakan artis dan kalau ada pun, kini Pak Nil kerap duduk semeja dengan adik-adik Hero Malaya. Pak Nil banyak berkongsi pengalaman dengan mereka supaya berhati-hati dalam berkawan.
Kawan gembira sememangnya ramai tetapi kawan ketika kita bersedih boleh dihitung. Lebih menakutkan bila kawan yang kita percayai pula yang bertindak menjatuhkan kita.
Dalam bidang perniagaan seni ini, tidak semua kita boleh kongsi dengan kawan sealiran dengan kita. Informasi yang kita keluarkan mungkin digunakan untuk memerangkap dan menjatuhkan kita.
Semua penggiat seni adalah pesaing dan tentunya berusaha untuk bersaing dan berada di puncak. Apa lagi rahsia peribadi kita yang mungkin kita senang berkongsi hari ini, digunakan pula sebagai senjata menjatuhkan kita pada kemudian hari.
Inilah bahayanya apabila perniagaan dicampurkan dengan kerjaya. Sememangnya dalam bidang seni, batas persahabatan dan perniagaan atau kerjaya sangat nipis. Sukar untuk mengasingkan perbualan kerjaya dan peribadi.
Bahayanya berkongsi rahsia kerjaya pada rakan seperjuangan adalah sama seperti AirAsia berkongsi rahsia perniagaan dengan MAS! Begitulah lumrah dunia seni, kita berkawan sesama pesaing (ini bukan satu kesalahan) tetapi kita kena tahu batas perkongsian perancangan kerjaya kita.
Pak Nil tidak mudah berkongsi kecuali perancangan sudah disahkan dan berita itu pula dihebahkan untuk berkongsi kegembiraan dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.
Pak Nil juga gunakan cerita perancangan kerjaya artis lain sebagai panduan bagi merencanakan perjalanan seni Pak Nil. Pak Nil bukan jenis memilih kawan. Pak Nil boleh berkawan dengan sesiapa saja. Daripada artis baru hinggalah artis yang jauh lebih senior dan tentunya cara bercakap juga berbeza.
Selalunya keakraban persahabatan ini terserlah di kalangan kami ketika menghadiri majlis hiburan dan acara membabitkan artis. Ketika bertemu, inilah masa untuk bertanya khabar dan bertukar nombor telefon.
Dalam pada itu, hubungan persahabatan itu hanya setakat di situ dan tidak berpanjangan sehingga berjumpa di luar pula. Pak Nil percaya artis lain juga mahukan ruang privasi mereka. Ini tidak bermakna, apabila kita mengehadkan pergaulan sesama artis, kita tidak bersatu. Kita masih patut berpersatuan dan bergabung tenaga apabila membabitkan kerja amal atau perjuangan untuk kepentingan bersama.
Rencana Borak Pak Nil kali ini tidak langsung menyarankan pada rakan artis untuk membawa haluan masing-masing dalam kerjaya mereka tetapi hanya semata-mata mahu berkongsi pengalaman supaya apa yang pernah Pak Nil lalui tidak terjadi kepada saudara artis yang lain, terutama yang baru berjinak-jinak dalam dunia hiburan.
Sudah banyak bukti pun dalam industri ini yang mana berkawan rapat bagai isi dan kuku satu ketika dulu, kini berpatah arang berkerat rotan.
Persahabatan lalu menyebabkan Pak Nil hilang kepercayaan pada makna teman sejati dan atas sebab itu juga Pak Nil senang bergerak seorang diri. Ini tidak bermakna Pak Nil menutup terus pintu hati untuk menerima seseorang untuk menjadi teman pada waktu seronok dan sakit.
Fobia masa lalu menjadikan Pak Nil lebih berwaspada. Jangan ada pula yang takut berkawan dengan Pak Nil selepas ini. Harap semua pihak faham tujuan kenyataan Pak Nil hari ini.
Wassalam
Admitttedly, I lost faith in having a close best friend ever since the hurtful incident during my Form 4 year. It was a simple thing; to volunteer to move into another class with me because Mr Wong wanted equal number of students in every class (reshuffle). Unfortunately, none of my so-called-group-of-friends wanted to be in the same boat as me. They left me alone. ALONE AND LONELY!! When I told Mr Wong, he foolishly answered, "Not my fault your name starts with S" - which means according to the class list, I'm the last girl (He moved 5 students whose names were the last on the classlist).
The incident sounded stupid, right? I know..
Unfortunately, it left a big scar that never heals..
People like Aznil and I, who have been crossed by their friends, will have this scar
as a sign of trauma and hurtful feelings we once had
AWESOME and CONFIDENCE? Every girl should be..Although I have blackheadsssszzzz,yet I'm COOL. I love to be in LOVE and wish to TRAVEL to beautiful places. My BLOG is blogging in the EYES of ShEeLa FaIzUrA..PS:I could be WACKY at times..(",)
(-.-)
(.....)
(.......)
(.....)
. . .
. . .