Hikayat Merong Mahawangsa? Ella belom tengoklah..cerita epic sebegini besar budget dan pulangannya..Aiisshhh...
Yang Ella ada tengok adalah..huhuhyhy..hahaha..
HIKAYAT BUNGA TELUR MERONG MAHAWANGSA
Sebenarnya, warna emas bunga telur tue mengingatkan Ella tentnag zaman oldies dahulu..Era keemasan kegemilangan..macam Merong Mahawangsa yang dah berlalu bertahun lamanya..
Dan ini adalah pasukan (LELAKI) pemasangan Bunga Telur..Bukan main banyak telur yang hendak dimasukkan dalam bunganya..Perlukan kesabaran yang tinggi untuk melilit telur ini ke dalam bunganya..Terima kasih kepada banyak pihak yang sudi membantu..
Dan ini adalah hasil bunga telur yang telah siap..Cantik dan kemas..Sebenarnya kesemua telur ini telah dikukus terlebih dahulu selama 20 minit..Kami memilih untuk mengukus agar telur tersebut tidak pecah kulitnya..Kalau pecah, kan tidak elok untuk dimasukkan dalam bunga telur?
Boleh juga sebenarnya kalau direbus..Masukkan sedikit garam agar tidak pecah kulit telur tersebut..Boleh juga dimasukkan sedikit cuka tetapi jangan terlalu banyak; takut nanti telur2 menjadi masam..Seeloknya, letakkan bahan2 ini mengikut sukatan periuk yang anda gunakan..Dan jangan lupa rasa air rebusan agar tidak terlalu masin atau masam..Kalau rasanya terlebih, tambahkan air taw..
Saja je Ella letak hasil pasukan LELAKI dahulu..Cayunkz cemua, ini adalah bunga2 telur hasil WANITA..gitue..memanglah jumlah WANITA yang memasang bunga2 telur ini lebih ramai dari golongan LELAKI..Penuh ruang tamu pertama dengan kumpulan wanita ini..ruang tamu kedua untuk LELAKI? cuma sedikit orang tetapi keluasannya lebih..
PS : Ruang yang lebih memastikan kita dapat bekerja dengan selesa dan efektif..Sebab itu, Ella sendiri rela mengeluarkan peluh dan tenaga untuk mendapat keselesaan dalam hidup ^hug myself^ ..
Sekian sahaja Hikayat Bunga Telur Merong Mahawangsa..
Selamat mencuba ya!!
Smile,
-Ella-