' Apple iPad 3 ~ **Sheela Faizura**

Sunday, December 18, 2011

Apple iPad 3

16 Disember yang lalu, penggemar smart phone mengalami jiwa kacau dengan pelancaran Apple iPhone 4S di mana ciri-ciri serta kuasanya menyamai iPad 2. Bagi mereka yang baru sahaja membeli iPad 2, mereka mungkin akan merasa iri hati dengan produk terbaru Apple ini. Apa-apa pun, tablet tetap tablet dan smart phone tetap smart phone walaupun featuresnya sama.

Dan yang terbaru, Apple dijangka akan mengeluarkan satu lagi produk tabletnya pada lewat Februari 2012 yang pastinya akan memberikan tamparan hebat kepada pesaing-pesaing terdekatnya terutamanya Samsung yang baru sahaja melancar produk mereka menggunakan platform Android 4 (ice cream sandwich).

Apple iPad 3 dijangka akan mempunyai ciri-ciri baru yang lebih nipis, design yang lebih licin yang mana saiznya berkurang 20 peratus berbanding iPad 2. iPad 3 juga akan dilengkapi dengan full HD touchscreen display yang mempunyai resolusi 2048x1536.

iPad 3 juga akan dibekalkan dengan bateri yang lebih ringan bagi mengurangkan beratnya (bukan menggantikan aluminium dengan plastik bagi mengurangkan berat). Walau bagaimana pun, harga bagi bateri tersebut lebih mahal 20 hingga 30 peratus daripada harga bateri iPad 2... tetapi ianya tahan lebih lama. Setiap benda baik mesti ada harganya kan..!!

Dan yang lebih menjealouskan, iPad 3 juga dijangka akan dilengkapi dengan teknologi yang baru yang dipanggil Wireless Charging Technology. Fungsinya??? Tak perlulah untuk saya ceritakan lagi..

iPad 2 yang ada sekarang ini menggunakan processor 900MHz dual-core ARM Cortext-A9, cip Apple A5, dan PowerVr SGX543MP2 GPU. Chipset ini pun sudah cukup untuk menjadikan iPad 2 sebuah tablet yang sangat powerful. Apple akan membuatkan persaingan dunia tablet menjadi lebih sukar dengan melengkapi processor A6 quad-core yang beroperasi pada 1.7GHz yang mana kuasanya sudah menyamai desktop yang powerful. Kalau orang Cina dengar, mesti dia orang akan cakap "Walao weh..!!!".


iPad 3 juga akan menggunakan iOS 5 sama macam iPad 2. iOS tidak akan menjadi satu isu kerana jika suatu hari nanti Apple keluarkan iOS 6 pun, semua iPad boleh update software tersebut menggunakan iTunes secara percuma. Sekarang ini, Apple menggunakan iOS version 5.0.1 dan akan mengeluarkan iOS version 5.1 tidak lama lagi. Jadi, kepada semua pengguna produk Apple, jangan lupa update software bagi iPad, iPhone atau iPod anda.

Sebenarnya, iPad 3 dikatakan sepatutnya boleh dilancarkan pada penghujung tahun 2011. Namun, ada satu perkara yang menyebabkan pengeluaran iPad 3 ditunda kepada awal tahun 2012. Ianya disebabkan oleh isu Retina Display. Retina Display?? Ye.. Retina Display. Bukan sebab Thailand banjir atau Pudu banjir. Bagi menghasikan Retina Display, jurutera Apple telah berjaya menhasilkan pixel bersaiz 78 mikrometer. Dengan pixel sekecil ini, Apple dapat memuatkan empat kali lebih banyak pixel pada skrin bersaiz 3.5 inci yang terdapat pada iPhone 4S. Pada setiap inci, Apple berjaya untuk memapatkan 326 pixel. Hasilnya, walau sekecil mana pun teks atau gambar tersebut, ianya tidak akan pecah apabila dibesarkan dan ia mampu memberikan paparan yang lebih halus dan jelas. Dan teknologi ini sedang dimuatkan pada iPad 3.



Antara ciri-ciri lain yang diupgrade oleh Apple pada iPad 3 ialah kamera. iPad 3 dijangka akan dilengkapi dengan kamera 5MP dan LED flash. Ia berupaya untuk merakam video 1080p atau 720p dengan 60 bingkai sesaat yang mana teknologi ini dihasilkan oleh OmniVision.

iPad 3 juga dijangka akan mempunyai satu HDMI port.

Harga?? Jangan tanya saya. Biasanya harga untuk produk Apple hanya akan diketahui pada hari pelancaran untuk produk tersebut. Sama seperti iPhone 4S. Jadi sama-samalah kita layari laman sesawang Apple selalu.

Written by Nazsenseii a.k.a suami ella

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© **Sheela Faizura**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena