Untuk entri kAli ini *sambil menarik nafas panjang*, Ella nak berkongsi pengalaman yang pahit. Ella stop writing for a while because my husband and I lost two stuffs that are truly ours. Barang2 tue bernilai dalam lebih kurang RM 1750. Yup, siapa nak ganti balik? Xda pun..
Mungkin kelalaian datang Dari diri Ella *eh eh eh!,!*..walaupun Ella dah simpan rapi dalam beg di dalam bilik, cuma Ella tak padlock kan beg tu..lalai Ella juga kerna tidak mendengar kata hati untuk sembunyikan barang2 berharga dalam tempat yang tidak akan disangka2..namun apakan daya, benda dah nak jadi..rugi diri sendiri..
Ella yakin sedikit sebanyak dengan kerugian seribu lebih ini Hubby menerima dan mengakui kebenaran dalam kata2 Ella..Apa yang telah berlaku sebelum kami ke Kl untuk Bday Airasia-Ella dan Hubby akan ingat selamanya..Dan untuk sesiapa yang kenal Ella, pasti taw Ella bukan jenis mengulang kesilapan yang sama..Insyaallah takkan berlaku lagi keilangan barang2 kerana hanya orang bodoh dan bahlul sahaja akan mengulang kesilapan yang sama..semoga kita tidak termasuk dalam golongan itu..
Ella telah merenung dalam2..Bagaimana nak mengelak kecurian sebegini berlaku?
A) Percaya pada kata hati. Bila hati kuat menyatakan sesuatu yang x elok akan berlaku, yakinlah pada diri. Bukannya kerana anak polis kah atau x merasa selamat mahu pun x mempercayai. Tetapi kerana kebarangkalian perkara sebegini berlaku amat tinggi terutamanya bila dah ada sejarah. Jangan salah faham; bukan nak memandang serong atau memandang rendah tetapi kepercayaan kepada kata hati dapat mengelak kecurian berlaku. Jadi bila orang nak mempertikaikan tindakan kita, explain betul2 tentang kata hati yang kuat. Biarlah orang hairan kita sembunyikan barang di tempat2 yang pelik kerana itulah cara untuk menjaga keselamatan barang2 kita. Yelah, barang kita kalau hilang yang putih mata diri sendiri cayunkz oitz. Belajarlah dari Ella *cambil menangis mengenang barang hilang*
B ) Jangan letak barang sembarangan. Kat mana2 pun boleh "parking" barang macam handphone letak kat tv lah kat meja makan lah kat dapur gas lah *terus meletup terbakar rumah*..wujudkan satu tempat khas untuk letak barang seperti handphone diletakkan dalam laci pertama sebelah kiri meja alat solek dalam bilik tidur..kan kah khas dan spesifik? Jarang berlaku "misplaced" atau 'lah tadi bukan letak handphone kat atas meja ke.?' jadi bila letak di tempat yang betul, kita tahulah mana nak mencari barang kita..
C ) Ambik gambar kat mana kita letak barang2 kita. Contohnya kalau letak cincin emas dalam bilik tidur, snap gambar cincin tue. Kat kepala katil ke? Kat dalam kotak emas ke? Jadi bila hilang, sahih lah bukti barang kita tak ada di tempatnya. Takkan ada yang mampu mempertikaikan "tak pernah nampak barang tue kat situ k"atau "eh betul ke ko ada barang tue?". bila orang cakap sebegini, kita yang dah hilang barang makin sakit hati meletop di dalam kegeraman.walaupun nampak pelik and a little bit of dandy, biarlah dalam camera tue penuh gambar barang2 kita dan tempat di mana kita meletakkannya..
D ) Jangan berbeli barang yang berlebihan. Kerana apa? Bukan sahaja membazir amalan Syaitan tetapi susah nak jaga dek non..takkan gelang emas ada 10, kesemua nak dipakai kat lengan? *dalam kepala imagine mami jarum the movie*..dah tak cukup kat lengan dipasang pulak gelang emas kat kaki kanan..tak cukup kaki kanan kaki kiri pun on gak *imagine pulak patung bnyk kaki dan tangan*. Maka berbelilah yang diperlukan dan digunakan sahaja. Ke mana2 pun boleh bawa kerana itulah namanya keperluan bukan kehendak..
Mulai sekarang , Ella akan menggunakan petua2 ini untuk mencegah kecurian. Pengalaman baharu buat Ella yang membuka mata Ella yang sememangnya besar ini. Pada hakikatnya, kita memang takkan tahu niat dan hati seseorang. Rambut sama hitam, tetapi hati pencuri sangat hitam. Bak kata orang putih, a leopard never changes its spot.
Smile,
Ella