' 04/01/2012 - 05/01/2012 ~ **Sheela Faizura**

Wednesday, April 25, 2012

Pedoman Buwat Diriku

Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri itu tujuh perkara iaitu;
i. Makanan.
ii. Bahan-bahan seperti rempah-ratus (bawang, minyak masak, garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya).
iii. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
iv. Pakaian.
v. Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya.
vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidor dan sebagainya dan yang terakhir ialah tempat tinggal (rumah). (an-Nawawi.450-461)

- like no 3 tue -

Seorang suami yang baik akan sentiasa menghormati dan melayani isteri dengan baik dan bersabar dengan tingkah laku isterinya yang mungkin tidak disukainya. Firman Allah:
﴿نهورِشاعو ِفورعمْلاِب نِإَف نهومتهِرَك سعَفى نَأ ْاوهرْكت اًئيش َلعجيو هّللا ِهيِف اريخ ايرِثَك ﴾
Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”
Jika suami tidak menyenangi salah satu sifat isterinya hal tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk berlaku kasar kepada isterinya, bahkan suami hendaklah berpandangan adil dengan melihat sifat-sifat isterinya yang disenangi sehingga dapat mendorong dirinya untuk tidak berlaku kasar dalam menghadapi perangai isterinya.

wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku. Berkata lelaki itu: “begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”. (Khalid Abdul Rahman al-cAk.1997.178).
Read more ...

Monday, April 2, 2012

Peluang Terakhir

Aku hanya manusia biasa,
Berdepan dengan pelbagai dugaan,
Ada yang mampu ku telan,
Ada yang terasa mati berbisa

Aku mampu memberikan peluang,
Kerana aku sayang segalanya,
Namun jangan cuba mengambil kesempatan,
Pada wanita yang kering air matanya,

Fahamilah bahawa noktah hampir tiba,
Bergantung dengan perubahan diri,
Jika masih merana bergelumang dosa,
Akan ku lari membawa diri.

Walau sayangku menebal,
Kerana aku tidak kebal.

 Petunjuk Solat Istikarah
- helaian penyapu berguguran satu demi satu -
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© **Sheela Faizura**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena